SJK (TAMIL) JALAN YAHYA AWAL
யாஹ்யா அவால் தமிழ்ப்பள்ளி

                           SJK (TAMIL) JALAN YAHYA AWAL
                                யாஹ்யா அவால் தமிழ்ப்பள்ளி 

Click here to edit subtitle


                              வரலாறு

      ஜொகூர் பாரு பட்டணத்தில் ஜாலான் டியூக், கெபுன்தே, புக்கிட் சாகார் ஆகிய மூன்று இடங்களில் மூன்று தமிழ்ப்பள்ளிகள் தனித்தனியே இயங்கி வந்தன. 1970 களில் மாநிலக் கல்வி இயக்குனராகப் பணியாற்றிய திரு யோகம் அவர்களின் பெருமுயற்சியாலும் தமிழறிந்த நன்னெஞ்சங்கள் சிலரின் ஒத்துழைப்பாலும் 1972 ஆம் ஆண்டு மேற்கண்ட மூன்று பள்ளிகளும் ஒருங்கிணைக்கப்பட்டு ஜாலான் யஹ்யா அவாலில் ஜொகூர் பாரு பட்டணத்தின் ஒரே பள்ளியாக உருவாக்கப்பட்டது. 05.03.1973ல் அப்போதைய கல்வி அமைச்சர் மாண்புமிகு டத்தோ உசேன் ஓன் அவர்கள் பள்ளியை அதிகாரப்பூர்வமாக திறந்து வைத்தார். பள்ளியின் முதல் தலைமையாசிரியராக அமரர் திரு லெ.வேலுமயில் அவர்கள் நியமிக்கப்பட்டார். அப்போது மாணவர் எண்ணிக்கை 471 ஆகவும் ஆசிரியர்களின் எண்ணிக்கை 17 ஆகவும் இருந்தது.

   தற்போது 4 மாடி கட்டிடத்தைப் பெற்றிருக்கும் இப்பள்ளியில் போதுமான வகுப்பறைகள், இசை அறை, நூல் நிலையம், அறிவியல் கூடம், வாழ்வியல் கூடம், கணினி அறை, சிற்றுண்டிச் சாலை, விளையாட்டுத் தளவாடப் பொருள்கள் வைக்குமிடம் போன்றவை உள்ளன.

2002 ஆம் ஆண்டு அரசாங்க உதவியுடன் 25 மாணவர்கள் பயிலக் கூடிய பாலர் வகுப்பு தொடங்கப்பட்டது. தவிர்த்து, மாற்று திறன் கொண்ட மாணவர்களுக்கான சிறப்பு வகுப்பு ஒன்றும் இயங்கி வருகின்றது.

 

       ஓர் அழகான சுற்றுச் சூழலைக் கொண்டுள்ள இப்பள்ளி மென்மேலும் வளர்ச்சி காண வேண்டும் என்பது அனைவரின் அவாவாகும்.




                            SEJARAH SEKOLAH


Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1940. Pada tahun 1940, bebrapa orang peniaga tempatan telah berusaha bersama-sama dengan kerajaan dan berjaya menubuhkan sebuah sekolah Tamil untuk member pendidikan awal kepada kanak-kanak India di Bandar Johor Bahru.

 

Ketiga-tiga sekolah tersebut ialah:

        i.            Sekolah Tamil Kerajaan Johor di Jalan Duke

      ii.            SJK(T) Kebun The

    iii.            SJK(T) Bukit Cagar

 

      Usaha ini berjaya pada tahun 1972, apabila SRJK(T) Jalan Yahya Awal ditubuhkan. Pembukaan sekolah ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj Hussein bin Onn, S.P.M.J Menteri Pelajaran dan Jabatan Kerja Raya (Kementerian Kerja Raya dan Tenaga).

      Guru Besar yang pertama ialah Encik. Velumail. Semasa ditubuhkan pada tahun 1972, sekolah ini mempunyai lebih kurang 460 orang murid dan 21 orang guru sahaja. Kini sekolah ini mempunyai 875 orang murid, 56 orang guru, 2 orang kerani, seorang pembantu, seorang pembantu am rendah dan 6 orang pekerja sekolah.

 

      Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah seperti berikut:-

Ø      19 buah bilik darjah

Ø      1 buah pejabat Guru Besar

Ø      1 buah pejabat Penolong Kanan dan Penyelia Petang

Ø      1 buah pejabat am

Pada tahun 1997, Pembinaan blok baru 4 tingkat sebagai bangunan tambahan telah   dimulakan dan siap pembinaanya pada tahun 1999. Bangunan tersebut mengandungi :-

Ø      5 Bilik Darjah

Ø      1 Makmal Komputer

Ø      1 Bilik Kemahiran Hidup

Ø      1 Makmal Sains

Ø      1 Bilik Guru

Ø      1 Perpustakaan

Ø      1 Bilik Muzik

Ø      1 Pejabat Pentadbiran

Ø      1 Bilik Mesyuarat

Ø      1 Dewan Tiruvalluvar

Ø      1 Pra-Sekolah

Ø      1 Pendidikan Khas

Ø      Beberapa stor

 

Kini dengan bilangan murid 740 orang, sekolah ini sedang menuju untuk mewujudkan sekolah bestari ‘Smart School’ dengan kemudahan yang mencukupi.’Dewan Thiruvalluvar’ menjadi satu lambang keagungan bagi SJKT Jalan Yahya Awal ini. Pencapaian sekolah dalam UPSR juga dibanggakan. Pada tahun 2006 seramai 14 murid telah mendapat 7A dan salah seorang murid telah dipilih sebagai pelajar cemerlang. Pada tahun 2007 seramai 12 murid telah mendapat 7A. Pada tahun 2008, seramai 3 orang murid telah mendapat 7A dan 13 orang orang murid telah mendapat 6A 1B. Pada tahun 2009, seramai 16 orang murid telah mendapat 7A dan 14 orang murid telah mendapat 6A 1B. Pada tahun 2011 juga 10 orang murid mendapat 7A dan 13 orang mendapat 6A 1B. Pada tahun 2010, seramai 10 orang murid telah mendapat 7A dan 16 orang murid telah mendapat 6A 1B. Semoga tahun 2012, akan menambahkan lagi bilangan pelajar yang memperolehi 7A dan lebih banyak kecemerlangan dalam bidang akademik dan Ko-kurikulum.


 .